BERMAIN DAUN TERUP
Tidak di nafikan ramai ramai di kalangan kita suka bermain daun terup. Tidak kira siapa pun kita, kebanyakkan kita mempunyai asas dalam permainan ini. Ramai remaja yang masih bersekolah tahu cara bermain daun terup tidak kira apa jenis permainan asalkan ianya berkaitan dengan daun terup. bagi mereka yang sudah biasa, mereka bukan hanya bermain biasa tetapi mereka menggunakan kepakaran mereka bermain daun terup untuk mendapatkan wang. Kita boleh lihat kalau sekiranya ada apa apa perayaan yang di buat di rumah kediaman contohnya hari jadi, majlis perkahwinan atau apa apa aktiviti keluarga, aktiviti ini tidak dapat di elakkan. selalunya ia di mulai oleh orang yang biasa dengan permainan ini. Perkara ini sudah biasa dan di amalkan oleh ramai orang. Bukan hanya golongan yang sudah berumur namun mereka yang masih remaja dan belia pertengahan juga biasa melibatkan diri dalam permainan ini.
Ramai di antara mereka yang terlibat ini bermain secara tersembunyi. Ini bermaksud, sungguhpun mereka sudah mengetahui larangan yang telah di nyatakan dalam ajaran agama mereka namun adakalanya mereka tidak begitu mengendahkan larangan tersebut. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk memperburukkan lagi identiti mereka yang terlibat namun cuba mengongsikan apa yang boleh di lihat sepanjang masa aktiviti tersebut. Apabila mereka yang terlibat main daun terup, mereka selalunya akan membawa rakan mereka bersama membantu untuk 'pai' daun agar dapat menyusun mengikut kehendak serta strategi mereka. Asas yang penting ialah, mereka harus tahu menyusun susunan daun terup mengikut tertib dan tahu 'apakah sasaran' mereka ketika melibatkan diri dalam permainan ini.
SEKALI IMBAS : CARA BERMAIN DAUN TERUP
Ada banyak jenis permainan yang boleh di main dengan menggunakan daun terup dan permainan yang paling popular adalah 'Lap Lap Fu' (Artikel ini fokus kepada jenis permainan ini sahaja). Permainan ini melibatkan 4 orang pemain di mana salah seorang daripada 4 orang tersebut bertindak sebagai 'Chung'. Setiap orang mempunyai 13 keping daun terup. Cara susunan daun terup di bahagikan 3 bahagian : Kepala, Tengah dan Bawah. Untuk bahagian Kepala, mempunyai 3 keping daun. Bahagian Tengah dan Bawah masing-masing mempunyai 5 keping daun terup. 'Chung' ini bertindak sebagai ketua dalam permainan di mana ianya bertugas membayar wang kepada 3 orang pemain yang lainnya sekiranya daun terupnya di kalahkan oleh 3 pemain yang lain. Dengan erti kata lain, daun terup siapakah yang mengalahkan daun terup Chung, maka Chung mesti bayar wang mengikut jumlah yang di pertaruhkan. Untuk mengalahkan Chung adalah sekurang kurangnya 2 bahagian daun di kalahkan (sama ada Kepala & Bawah, Tengah & Bawah atau Kepala & Tengah). Sekiranya ketiga tiga pemain selain dari Chung kalah kepada Chung, maka semua duit mereka akan di ambil oleh Chung. Amat mudah untuk mengetahui menang kalah tetapi sukar mahu mengaga cara susunan daun oleh setiap pemain yang terlibat.
Mengapa mereka suka bermain daun terup Lap Lap Fu? Ini di sebabkan,
1. Mudah dan tidak susah di fahami
2. Tidak memerlukan ramai orang
3. Senang jika berlaku salah faham dari segi susunan daun terup
4. Cepat dan boleh di selesaikan dengan segera
5. Mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan mereka yang turut sama terlibat
Bagi mereka yang pakar dalam cara bermain dan susun atur daun terup, selalunya memberi kelebihan kepada mereka. Bagi mereka yang baru belajar, sukar bagi mereka untuk bermain dan mengaga mereka yang lain (tidak di sarankan untuk bermain). Namun permainan ini mudah dan senang untuk di fahami. masalah utama kalau bermain permainan ini ialah apabila semua pemain sudah mabuk arak. Ketika itulah cara bermain lebih kepada sindiran, cakap-cakap tidak tentu hingga menimbulkan kemarahan dan ramai yang tahu 'garatak' sahaja. Menang 'Garatak' tapi 'Kalah Duit', sama juga kesudahannya. menyesal esoknya tiada duit untuk isi minyak kenderaan dan membeli rokok. Akhirnya, mereka hisap rokok bungkus (kirai) sahaja dan meminta duit untuk mengisi minyak.
SIKAP ORANG YANG BERMAIN JUDI 'LAP LAP FU'
Kebanyakkan mereka yang main daun terup Lap Lap Fu selalunya bermain sambil minum arak (Moginum). ianya bertujuan untuk menyeronokkan lagi suasana dan menghidupkan mood permainan. Namun, kalau sekiranya sudah mabuk, maka cara percakapan pun sudah tidak betul dan banyak perkataan yang 'bikin panas' oleh sesetengah pihak. Namun antara sikap yang boleh di lihat terhadap mereka yang bermain daun terup sambil minum arak dan mabuk adalah,
1. Mulut tidak berhenti bercakap. Bising saja.
2. Cuba mahu mencari pasal tetapi tidak menjadi.
3. Menyindir pemain daun terup yang lain terutamanya Chung.
4. Suka meninggikan suara ketika daun terup mereka buruk dan tiada nasib untuk menang.
5. Cakap tidak senonoh, menyindir dan mengejek.
6. Tidak mahu pulang rumah selagi belum menang banyak duit.
7. Tidak pandai pulang rumah & tidak tahu berhenti biarpun sudajh kalah.
8. Selagi dompet masih penuh dan banyak duit, mereka tidak mahu berhenti.
9. Terlalu bising hingga memaki tidak tentu pasal.
Namun, ada juga di kalangan mereka yang tidak mengamalkan cara di atas. Maksudnya, mereka diam dan tidak bising ketika bermain. Selalunya yang bising itu mahu menang 'garatak' sahaja. Kalau susunan daun terup mereka bagus dan cantik, maka makin bising mulut mereka bercakap. Apabila kalah, mereka cuba mencari kesalahan orang lain. Mereka selalunya kalah sebab 'over confident' dan memang daun terup mereka buruk, tiada nasib dan tidak pandai susun. Apabila Chung mempunyai daun yang kuat dan cantik dari segi susunan, maka sukar bagi mereka untuk mengalahkan Chung tersebut. Akhirnya, apa yang mereka buat adalah 'mengejek Chung' sahaja. Kalau kalah, kalah lah bah.. Apa lagi mau bising.. Jangan main kalau tidak campin bah.
ISTILAH 'MAIN SAMPAI KARUT'
Hanya orang yang tidak tahu berfikir sahaja bermain hingga begini. Ketika dompet dan beg duit mereka masih di penuhi wang, maka mereka masih terus bermain. Apabila sudah kalah banyak tetapi dompet masih berisi, mereka masih terus bermain lagi. Alasannya adalah 'saya mau ambil balik yang kalah tadi..!' semuanya ini adalah sikap keras kepala dan tidak pandai berfikir 'straight' lagi. Hingga satu masa, duit semua sudah habis, beg dompet kosong dan hanya tinggal duit syiling lagi, baru mahu menyesal. Kita tidak akan sedar kalau sudah bermain, kita boleh habis sampai beratus ringgit! Bahkan ada yang pernah sampai ribu ringgit habis dalam satu permainan sahaja.
Main Sampai Karut bermaksud,
1. Selagi masih ada duit di dompet, mereka mahu habiskan waktu itu juga.
2. Tidak akan berhenti main selagi pihak lawan masih ada duit simpanan di dompet.
3. Tidak mahu berhenti selagi nampak duit banyak di atas meja.
4. Selagi pihak lawan banyak kali menang, masih mahu lawan.
Tidakkah kita rasa itu keterlaluan? Adakah berbaloi bagi kita main sampai kehabisan wang di dompet? Bagaimana sekiranya kita kalah dan terus kalah dan banyak duit sudah habis di kalahkan? Jangan amalkan main daun terup sehingga kehabisan duit! Kalau benar anda ingin main daun terup, sediakan wang hanya untuk beberapa permainan sahaja. Duit memang boleh di cari. Tetapi bagaimana kalau esoknya kamu memerlukan wang untuk kecemasan penting tetapi malam sebelumnya kamu sudah kalah hampir RM500 - RM1000, siapakah harus di persalahkan? Chung? Atau diri anda? Jangan amalkan cara seperti ini. sangat merugikan, merugikan dan merugikan. Namun, tidak semua dan sangat ramai tidak mengamalkan cara bermain seperti ini. Hanya segelintir sahaja. Jangan amalkan.
KEBURUKAN MAIN DAUN TERUP (JUDI)
Memang benar, apabila di tegur, ramai mereka yang biasa main daun terup akan menjawab 'ini duit saya bah! Bukan duit kau! suka hati saya lah mau main atau tidak!'. Benar, itu duit kamu dan kita tiada hak mahu masuk campur. Tetapi, anda perlu seseorang untuk menyedarkan anda. Kalau sekiranya anda tidak di tegur, anda tidak akan berhenti dan mengurangkan amalan main judi daun terup ini. Anda tidak akan sedar bahawa terlalu banyak duit anda akan habis hanya untuk bermain judi daun terup. Sampai satu masa bila anda sedar, anda sudah kehabisan hampir ratusan ringgit. Apa yang dapat anda lakukan hanya 'Silaka butul samalam ooh. Punya banyak saya habis! Cis.'
Antara keburukan yang kita boleh lihat daripada judi daun terup adalah,
1. Kehabisan duit yang cukup banyak.
2. Berhutang hanya untuk mahu main daun terup.
3. Tidak ingat mahu balik ke rumah.
4. Terdedah kepada konflik sewaktu main daun terup.
5. Membudayakan amalan main daun terup.
6. Tidak mempunyai wang untuk keperluan diri dan keluarga.
7. Duit yang di simpan untuk keesokan hari di gunakan untuk bermain jdi.
8. Tidak peduli nasihat orang yang menegur mereka untuk berhenti bermain.
APA YANG HARUS DI BUAT
Bagi mereka yang biasa bermain daun terup Lap Lap Fu, kita faham bahawa sukar bagi kita untuk 'tidak bermain' kalau ada peluang dan nasib untuk susun daun adalah baik. Namun ada perkara yang harus kita dan anda ingat sebelum main daun terup. Macam mana keadaan sekalipun, anda harus tahu perkara ini. Tiada cara lain. Semoga bermanfaat.
1. Pastikan anda sediakan wang yang hanya boleh di guna untuk bermain daun terup.
2. Jangan bawa kesemua duit anda kalau mahu bermain daun terup.
3. Jika menag duit, pastikan anda simpan terus. jangan takut di 'garatak' oleh mereka yang kalah.
4. Ingat, jangan belanjakan semua duit anda sewaktu main daun terup.
5. Pastikan anda tahu, bila masa mahu berhenti. Jangan di pengaruhi oleh kemenangan.
6. Jangan mudah lupa diri dan tunjuk tembirang.
7. Kalau sudah kalah lebih 3 kali, jangan lagi main. Berhenti setakat itu.
8. Kalau ada orang tegur anda untuk berhenti, berhentilah. Jangan keraskan suara anda.
9. Hormatilah isteri anda yang membawa anda pulang termasuk anak anak anda.
10. Sentiasa ingat untuk berhenti dan balik ke rumah. Jangan habiskan duit anda.
NASIHAT UNTUK KITA SEMUA
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyindir mereka yang biasa bermain judi daun terup. Ianya bukan juga bertujuan untuk mengiyakan aktiviti ini waktu adanya keramaian, majlis perkahwinan dan hari jadi. Ianya bertujuan untuk memperlihatkan mereka tentang had (limit) mereka ketika bermain daun terup. Tidak di nafikan bukan mudah untuk berhenti daripada bermain daun terup apatah lagi apabila ada kawan yang ramai membawa anda bersama untuk main. Itulah sebabnya, anda harus tetapkan masa terhad (limit) anda! Habis atau tidak duit di poket anda yang telah anda bawa, pastikan anda berhenti untuk main. Mesti berhenti ketika anda nampak keadaan semakin tidak menyebelahi anda. Namun bukan mudah tanpa bantuan orang ketiga.
Kepada semua mereka yang biasa main daun terup,
1. Jangan biasakan diri anda untuk selalu bermain daun terup judi ini.
2. Jika anda mahu juga main, pastikan anda tetapkan jumlah yang harus di guna.
3. Jangan kalah kepada sifat ketagihan anda.
4. Bagi isteri dan anak anak, nasihatkan mereka (bapa) yang suka bermain tanpa ingat mahu pulang.
5. Bagi isteri, tegur sahaja suami anda di hadapan mereka yang sedang main daun terup.
6. Bagi suami, ingatlah bahawa ada rumah untuk anda pulang dan keperluan untuk anda belanjakan.
7. Jangan bergaduh ketika bermain daun terup. Jangan di balas maki dengan maki.
8. Kalau sudah kalah banyak kali, jangan teruskan.
9. Duit memang boleh di cari tetapi keperluan rumah dan peribadi harus ada perbelanjaannya.
PENUTUP
Semoga setiap kita yang biasa terlibat dalam permainan daun terup judi ini mampu mengawal diri kita seadanya, jangan terlibat dengan sebarang konflik dan ingatlah bahawa duit yang anda pertaruhkan itu boleh di gunakan untuk apa apa keperluan dalam rumah terutama sekali untuk istyeri dan anak anda. Cuba kawal penglibatan anda dan jangan biarkan hasutan untuk terlibat kekal dalam fikiran anda. Lawanlah kehendak hati anda untuk bermain daun terup judi ini. Namun semuanya terpulang kepada anda. Biarpun anda punya wang untuk berbuat demikian tetapi ingat, wang anda bukan hanya untuk diri anda seorang sahaja. Ianya boleh membantu seisi keluarga anda terutama sekali isteri dan anak anak anda. Jangan biarkan amalan itu menguasai diri anda. kalau dapat elakkan, elakkan amalan ini. Jangan terlalu menganggap abahawa duit itu anda boleh cari dan anda mempunyai hak sepenuhnya. Memang benar. Namun fikirkan sebaliknya. Kalau sekiranya menang, jangan belanjakan sesuka hati. Gunakan sebaiknya. Jangan fikirkan diri anda seorang sahaja, fikirkan untuk keperluan anda dan keluarga anda.
PS : Artikel ini di tulis berdasarkan pandangan dan isi perkongsian. Tidak mempunyai rujukan khusus dari mana mana jurnal, hanya melalui perkongsian.
Terima kasih atas infonya.
ReplyDelete